Kalau Anda peminat Ikan Laga atau Ikan Semilai berkunjunglah
ke Fiesta Padang Serai di hadapan Supermarket Marco Polo. Dee Udang Kara memperagakan pelbagai jenis ikan laga atau semilai di situ. JANGAN LEPASKAN
PELUANG!
Di samping itu anda berpeluang untuk melihat Dee Udang Kara Air
Tawar dan mengetahui berkenaan penernakan udang kara daripada
beliau. DATANG JANGAN TAK DATANG.
Anda boleh saksikan Dee Udang Kara di TV Okey 28hb. Ogos ini, Jam 2 petang dalam program "UNITNYA DESAKU". Siaran ulangan jam 11 malam hari yang sama. Kita pi jumpa Dee dan kemudian tengok Dee di kaca TV. JANGAN LUPA!
Mungkin selama ini orang Padang Serai terpaksa ke Kulimuntuk mendapat khidmat menulis surat rasmi
dan lain-lain. Hari ini orang Padang Serai mendapat khidmatPENULIS PETISYEN terus ke rumah anda.
Anda boleh mendapat perkhidmatan MENULIS SEBARANG SURAT
RASMI/SURAT PEJANJIAN SEWA RUMAH, KEDAI, SEWA TAPAK & LAIN-LAIN/MENYUSUN
RESUME/MENYUSUN PROFIL PERNIAGAAN/MEMBUAT KERTAS KERJA PERNIAGAAN DAN ACARA
ATAU PROGRAM BAGI NGO.
Hubungi PENULIS PETISYEN D’ PADANG SERAI melalui
WHASAPP/SMS ke talian 019-560 7802. Bagi
anda yang belum mendapatkan khidmat ini dan ada kemungkinan akan mendapatkan
khidmat ini masa depan save no ini.
KALAU kita lihat bangsa lain khususnya orang cina apabila
remaja dan muda-muda kelihatan amat cantik dan menarik. Namun apabila mereka
telah melahirkan anak seorang dua rata-rata kecantikan mereka hilang, tak seperti
orang Melayu dan Indonesia yang lazimnya masih kelihatan menarik.
Mengapa begitu? Orang Melayu dan Indonesia mempunyai tradisi
tertentu selepas bersalin. Ibu yang bersalin akan di urut semasa dalam pantang.
Tujuan berurut ialah untuk memulihkan tenaga ,memulihkan kembali otot-otot yang
lemah, membuang angin dalam badan ,memulihkan kembali saraf-saraf yang
mengembang dan melancarkan perjalanan
darah. Tempoh berurut terpulanglah kepada ibu-ibu yang bersalin paling kurang
selama 3 hari.
Disamping itu orang-orang melayu dahulu juga mengamalkan tradisi
bertungku. Bertungku dipercayai dapat memecahkan lemak, mengecutkan
rahim dan organ yang bengkak akibat bersalin dan engembalikan tubuh badan
kepada keadaan asal.
Bagi mereka yang tinggal di taman-taman perumahan malah baru
saya berpindah pasti sukar untuk mendapatkan orang yang mahir melakukan
kerja-kerja tersebut di kawasan tempat tinggal mereka. Namun bagi mereka yang
tinggal di Padang Serai dan sekitarnya seperti
Tasek Gelugor, Kepala Batas, Lunas dan Kulim boleh mendapatkan khidmat
ini daripada Kak Fauziah Abd. Rahman yang tinggal di Taman Mahsuri, Padang
Serai.
Menurut Kak Fauziah, beliau telah menjalankan kerja-kerja
mengurut selepas bersalin sudah lebih 6 tahun. Usaha ini adalah diwarisi
daripada Emaknya dan Toknya juga menjalankan kerja-kerja mengurut dan lain-lain bagi wanita yang bersalin.
“Buat masa ini Kak banyak mendapat panggilan daripada
pelanggan yang tinggal di Seberang Jaya kerana Kak berasal dari sana. Walaupun
Kak dah berpindah di Padang Serai pada tahun 2012 namun Kak tetap memenuhi
permintaan pelanggan di kawasan Seberang Jaya.”
“Kak juga sedia memenuhi permintaan mereka yang tinggal di
Kepala Batas, Tasek Gelugor, Lunas, Kulim, Merbau Pulas malah Padang Serai
sendiri.” Ujar Kak Fauziah.
Kata Kak Fauziah, di samping mengurut beliau juga memberi
khidmat bertungku, cukur rambut, belah mulut malah bersunat untuk anak
perempuan.
“Bagi
mereka yang ingin mendapatkan khidmat Kak boleh berhubungi dengan Kak di talian
013-510 2797, In Shaa Allah Kak akan beri khidmat yang terbaik kepada wanita
yang bersalin.” Katanya kepada Portal Padang Serai.
Anda ada masalah berhubung dengan PUSPAKOM? Anda ingin
membaharui cukai jalan dan insuran
kenderaan? Dan jika anda tinggal di sekitar Padang Serai SHR Ceria Enterprise yang berpejabat di No. 3-A, Arked Koperasi, Kg Guar Lobak, Padang
Serai sedia membantu anda.
Suhaimi Hamid terkenal dengan panggilan Awang
Tambah menarik lagi Pemilik SHR Ceria Enterprise, Suhaimi
Hamid atau lebih mesra dengan panggilan Awang, 43, juga sedia memberikan khidmat
terus ke rumah. Sekiranya anda malas untuk keluar membuat urusan ini beliau
sedia ke rumah anda untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Menurut Suhaimi, pada mulanya sebelum membuka pejabat memang
beliau memberikan khidmat terus ke rumah pelanggan atau pun berjumpa dan
menguruskan urusan itu di kedai kopi. Beliau telah menjalankan perniagaan
dengan cara ini lebih 6 tahun dan kini baru beliau membuka pejabatnya sendiri.
Pejabat SHR Ceria Enterprise di depan Masjid Guar Lobak, Tapak Pasar malam
“Saya berterima kasih kawan-kawan di sini banyak membantu
dan membeli insuran kenderaan dan membaharui cukai jalan daripada saya. Mereka
menghubungi saya dan saya pergi menemui mereka. Selepas 6 tahun barulah saya
dapat memiliki pejabat sendiri. Khidmat seperti yang dinyatakan akan saya
teruskan.”
“Mereka yang ingin mendapat khidmat saya juga boleh datang terus ke pejabatnya atau boleh
menghubungi saya ditalian 019-570 2279 untuk mendapatkah khidmat terus ke rumah.
Oleh kerana siangnya saya menguruskan kerja-kerja ini di pejabat JPJ maka
khidmat terus ke rumah hanya dibuat pada sebelah malam."
Suhaimi sedang memasukan data pelanggan
“Pejabat saya di buka dari jam 8.00 pagi hingga 6 petang
setiap hari kecuali Jumaat dan Sabtu.
Anak saya Mohd Nibiq Syamil menguruskan kerja-kerja pejabat dan saya
sendiri berurusan dengan pihak JPJ dan PUSPAKOM.” Cerita Suhaimi dalam pertemuan dengan Portal
Padang Serai.
SHR Ceria Enterprise memberikan perkhidmatan membaharui
cukai jalan dan insuran kenderaan. SHR Ceria Enterprise juga membuat urusan
membaharui cukai jalan dan insuran kenderaan tanpa perlu geran kenderaan
melalui sistem MYEG yang disediakan oleh pihak JPJ.
Mohd Nibiq Syamil sedang membantu bapanya di pejabat
Katanya lagi, urusan dengan Puspakom adalah seperti
potong nama kenderaan, tukar engin kenderaan serta membantu mendapatkan
cukai jalan yang telah lama mati dan tidak boleh dibaharui melalui sistem biasa.
“Sesiapa yang ingin mendapat khidmat saya boleh datang terus ke pejabat atau menghubungi
saya ditalian 019-570 2279. Simpan nombor ini di dalam
telefon bimbit anda agar memudahkan anda
untuk menghubungi saya bila perlu.” katanya.
TADI semasa saya tunggu ‘turn’ nak buka balutan ‘operation’
kecil yang saya lalui baru-baru ini, saya berbual dengan seorang peniaga kecil di
Padang Serai.
Dia membawa anaknya
‘dressing’ luka akibat kemalangan jalan raya. Dia mengeluh lani hidup
memang susah... berniaga nak dapat untung RM50.00 untuk belanja ‘basic’ rumahtangga pun susah nak
dapat. Bila awal bulan kita nak kena cari nak bayar bil letrik dan air dan
nasib baik saya tinggal rumah kampung tak kena bayar sewa atau hutang.
Belanja ‘basic’ yang dia maksudkan ialah belanja pasar, duit
sekolah anak, ikan, sayur, duit minyak kenderaan dan lain2 keperluan yang tidak
boleh elak. Dia kata lagi cuba tengok di hospital ini, dulu-dulu jarang kita nampak orang cina datang mendapat rawatan tapi sekarang agak ramai.
Oleh kerana kekurangan pendapatan mereka memilih perkhidmatan yang paling murah
untuk mendapatkan rawatan. Saya mengakui apa yang dia kata, saya berkata kepada dia, saya sendiri hari-hari
belanja pasar makan yang
biasa-biasa pun terpaksa berbelanja
RM20.00 hingga RM30.00. Saya pun hampir penat dan lemas waktu ini, saya kata.
Dia berkata lagi walaupun kita sayang UMNO tapi kita tidak
ada pilihan, kita kena korban UMNO dalam
pilihanraya kali ini... kita mesti tumbangkan UMNO. Saya bertanya kenapa dah
sayang nak tumbangkan UMNO. Dia berkata,
dia akui UMNO tidak salah dan UMNO melalui pemimpin yang terdahulu memang telah
menaburkan banyak jasanya kepada kita tetapi pemimpin UMNO hari ini tidak lagi
membela kita. Mereka hanya pentingkan
kedudukan dan pangkat serta perut mereka sahaja.
Saya kata, kalau dah
kata macam tu kita tukar pemimpin yang pentingkan kedudukan, pangkat dan perut
mereka itu. Dia kata pemimpin UMNO mana
yang berani bersuara melihatkan kepincangan pengurusan ekonomi negara dimana kini kita yang menanggung beban hidup. Jika ada
yang bersuara pasti akan dikenakan tindakan, jadi demi menjaga kedudukan pangkat dan perut mereka, mereka terpaksa diam.
Kita terpaksa bekorban kali ini beri undi kepada PKR dan
Bersatu, katanya bersungguh-sungguh. Saya tanya PAS bagaimana pula? Dia menjawab, saya tidak pandai politik tetapi PAS saya
lihat dah mirip kepada UMNO dan kalau kita sokong PAS bermakna kita sokong
UMNO. Jika macam tu lebih baik kita terus sokong UMNO, dia menjawab. Saya melihat kata-kata yang dihemburkan penuh
kekecewaan.
Saya terpaksa tinggalkan peniaga
itu kerana giliran saya untuk masuk tengok luka saya. Saya terfikir apa
yang dikatakan itu benar belaka bebenan hidup dirasai sangat-sangat oleh rakyat
di peringkat bawah. Jadi siapa yang akan membela peniaga kecil yang
macam ni? Siapa yang akan membela hidup orang kerja kampung yang menghadapi
tekanan hidup waktu ini? Siapa yang akan membela orang yang bekerja sendiri
yang memang hidup dalam tekanan ini? Siapa?
LUNAS : Dunia semakin hari
semakin canggih. Peralatan perubatan begitu sofisikated namun tidak semua penyakit dapat diubati. Kadang-kadang kita
merasa tak sihat dan sakit apabila pergi mendapat rawatan di pusat-pusat
kesihatan, pegawai perubatan mengatakan kita sihat.
Pak Ali
Jika begitu dibimbangi penyakit yang kita alami berpunca
daripada permainan sihir, gangguan iblis dan syaitan pastinya peralatan moden
perubatan sukar mengesannya. Di sini kita perlukan pengamal perubatan tradisional
untuk mengubati penyakit-penyakit ganjil akibat permainan sahir manusia yang
akan melibatkan iblis dan syaitan.
Ali Bin Abu Bakar,
67, atau lebih terkenal dengan pangilan Pak Ali
merupakan seorang pengamal perubatan tradisional menawarkan khidmat untuk mengubati pelbagai penyakit
ganjil seperti itu. Sehingga kini beliau
sering di kunjungi oleh pelbagai bangsa baik Cina, India mahupun melayu untuk
mendapatkan rawatannya.
Menurut Pak Ali, beliau mula mendapat keyakinan untuk mengamalkan
ilmu perubatan ketika berusia 30 tahun
dan beliau bermula mengubati penyakit ringan terlebih dahulu. Ketika usianya
meningkat 50 tahun barulah beliau mendapat keyakinan berubat penyakit berat seperti saka dan sebagainya.
Di samping itu Pak Ali juga mampu juga membantu mengatasi masalah perhubungan suami isteri
atau keluarga yang menghadapi masalah
dan mampu berusaha mengubati penyakit lemah tenaga batin bagi golongan
lelaki dan sebagainya.
“In Shaa Allah saya akan membantu mereka yang berhajat
mendapat khidmat saya. Mereka yang berhajat boleh menghubungi saya di talian 013-509 9924” kata Pak Ali kepada
Portal Padang Serai.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, Blogger buka blog PADANG
SERAI ini dah lama pada 18hb. Mac 2010, namun kerana pelbagai komitmen saya
boleh kata gagal terus untuk ‘update’ blog ini. In Shaa Allah pada tahun ini
bermula pada bulan Jun ini saya berhasrat untuk aktifkan balik blog ini.
In Shaa Allah saya akan membuat ‘write-up’ yang berkiatan dengan PADANG
SERAI . Cuma saya minta kerjasama komuniti dalam PADANG SERAI dalam memberi
info kepada saya. Rasanya cerita-cerita yang berkiatan dengan “HUMAN INTEREST”,
cerita “MASALAH SETEMPAT” dan juga
cerita yang berkiatan dengan “PRIHATIN”. Bagi anda yang ada info mengenai
perkara yang dinyatakan boleh Whasapp Blogger
019-560 7802.
Begitu juga bagi Persatuan/NGO dan sebagainya yang berada di sekitar PADANG
SERAI boleh bagi info mengenai kegiatan atau aktiviti yang akan dijalankan
kerana Bloger akan ‘create’ DAIRI PADANG
SERAI. Komuniti PADANG SERAI akan tahu apa yang berlaku di PADANG SERAI tempat
mereka tinggal ini.
Menurut kawan Blogger yang pernah
belajar di US lama dulu, di sana di
setiap daerah ada akhbar kecil tetapi popular di sana. Untuk menerbitkan akhbar
kecil kosnya agak besar jadi dengan pengalaman kewartawanan, penulisan,
penerbitan, penyiaran dengan bantuan teknologi Blogger akan cuba jadikan portal ini seperti akhbar kecil itu. Namun
penyajian bahan pasti tidak menyeluruh kerana faktor kewangan dalam menggerakkan
media ini.
Bagi membantu menjaya hasrat ini di samping dapat membantu para
perniagaan di sini saya bercadang menawarkan ‘write-up’ pengiklanan kepada para
perniagaan di PADANG SERAI ini dengan kos yang paling minima. Rasanya harga
para perniaga menyediakan banner jauh lebih mahal daripada artikel yang di
tulis dan promosi yang dibuat.
Jesteru itu para perniagaan mendapat dua manafaat, satu pastinya dapat mempromosi perniagaan yang
dijalankan dan kedua dapat membantu Blogger menggerakkan portal ini untuk
manafaan masyarakat PADANG SERAI. Jadi para perniaga yang berhasrat menyahut seruan ini boleh whasapp ke 019- 560
7802 nyatakan di mana premis anda Blogger akan terus ke sana.
Semoga dengan adanya portal ini komuniti PADANG SERAI akan mendapat
segala maklumat di hujung jari sahaja. Hari ini boleh kata setiap orang ada
telefon pintar dan boleh melayari internet bila-bila masa sahaja.
Akhirkata saya mohon sokongan komuniti PADANG SERAI untuk menjayakan
rancangan ini.