RINGKASAN PENGLIBATAN
ARZAMAN SULAIMAN DALAM DUNIA PENULISAN
Mula menulis pada tahun 1986 dan cerpen pertama yang
dihasilkan dan tersiar diakhbar berjudul "Mencari Cinta" yang telah
disiarkan di akhbat tabliot Mingguan Pos Kota. Cerpen itu tersiar pada bulan
Julai 25 1986. Sejak itu hasil karya saya berupa cerpen tersiar dalam pelbagai media seperti BACARIA, Mingguan
Famili, Majalah Famili, Media Hiburan, Mingguan Islam, URTV dan Mingguan
Malaysia.
Setelah puas meneroka alam pernulisan
cerpen saya mula belajar menghasilkan rencana-rencana sastera yang tersiar
diakhbar Mingguan Malaysia. Seterusnya
rencana isu semasa dalam akhbar Mingguan Kota. kemudian menulis berita dan
rencana politik dalam akhbar Era Baru
sebelum dilantik oleh BACARIA menjadi wakil mereka di Pulau Pinang.
Saya
benar-benar beruseha mencari bahan dan menulis untuk BACARIA. Setelah itu saya
berhijrah ke akhbar Utusan Malaysia dan
tapi tidak lama kerana pihak ketua biro mengarahkan saya membuat cerita jenayah
dan saya kurang minat membawa saya kemudiannya
menyertai akhbar Harian Watan
yang baru dilancarkan dilancarkan sehingga syarikat tersebut menutup operasi.
Kemuncak kerjaya saya, akhirnya saya telah
dilantik oleh Datuk Musa Hj. Sheikh Fadzir sebagai Pegawai Perhubungan Awam di
syarikat beliau Aseania Development Sdn.
Bhd. Disamping itu saya juga dilantik oleh Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang
ketika diketuai oleh Datuk Seri Anwar
Ibrahim, Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh Nordin Md. Noor
serta UMNO Bahagian Bukit Mertajam yang
diketuai oleh Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad sebagai Editor dan Pengurus
penerbitan Buletin UMNO Negeri yang dinamakan "Suara Mutiara",
Buletin Pemuda UMNO Pulau Pinang yang diberi nama "Minda Pemuda" dan
Buletin UMNO Bukit Mertajam yang dinamakan "Buletin Bukit".
Saya
pernah memenangi hadiah sayembara penulisan cerpen dan puisi lama dulu dan
beberapa buah puisi juga telah di pilih dalam beberapa antologi terbitan
beberapa pihak.
Pada bulan Jun 1999 saya telah melepaskan
jawatan Pegawai Perhubungan Awam dan kerja Editor dan Pengurus Penerbitan semua buletin tersebut dan kembali sebagai penulis bebas
dengan menulis untuk akhbar Eksklusif, Editor Suria Janib. Saya juga menulis
untuk Buletin Utama, Buletin Demokrasi, Siasah, Fajar Islam dan Majalah Dakwah.
Dan waktu ini saya masih terus menulis
dan menumpukan perhatian menulis skrip
drama TV.
Dan
kini saya merancang untuk kembali sama ke dunia sastera perlahan-lahan dengan
menghasilkan puisi, cerpen dan Insya Allah sedang merangka menyiapkan novel dan
Skrip Filem yang pertama di samping tetap menulis Skrip Drama TV.
ANUGERAH
1. Anugerah Galakan Penulis daripada 2PNP
tahun 1990
SAYEMBARA CERPEN
1. Hadiah Saguhati Sayembara Menulis Cerpen
Sempena Bulan Bahasa dan Budaya Peringkat Negeri Pulau Pinang pada tahun 1986
anjuran 2PNP dengan cerpen berjudul “BROKER”.
2. Hadiah Saguhati Sayembara Menulis Cerpen
anjuran Varia Pop Group, Kuala Lumpur tahun 1990 dengan cerpen berjudul
“MENEBUS DOSA”.
3. “SEGUMPAL HARAPAN” Hadiah Saguhati Sayembara
Menulis Cerpen anjuran Persatuan Penulis Negeri Pulau Pinang 1990.
SAYEMBARA MENULIS PUISI
1. Hadiah Saguhati, Sayembara Menulis Sajak
Festival Kesenian Pulau Pinang – YTL tahun 2000-2001 dengan Puisi Berjudul
“SENJA DI HORIZON”
ANTOLOGI PUISI
1. Dua buah puisi di Antologi Puisi Memahat
Sejarah terbitan 2PNP tahun 2003 dengan puisinya “SENJA DI HORIZON” DAN
“SEMBANG-SEMBANG”.
2. Sebuah puisi dalam Antologi Puisi/Cerpen
SANKALAKIRI terbitan GAPENA sempena
Diolog Utara ke-10 di Yala tahun 2003 dengan puisi berjudul “PERTEMUAN DI
DAERAH INI”
3. Sebuah puisi di Antologi “PUISI LAUT”
terbitan Jabatan Laut Semenanjung Malaysia
dengan puisi berjudul “ OMBAK MENGHEMPAS PANTAI”
4. Sebuah puisi di Antologi Puisi Ratib 1000
Syair terbitan GAPENA tahun 2005 dengan puisi berjudul “ CATATAN KECIL DI TAHAN
PERKUBURAN”
DRAMA YANG TELAH DISIARKAN
1. MENCARI BIDADARI terbitan RTM Tahun 2012
2. PERTEMUAN DI KAKI GUNUNG JERAI terbitan
Tvi Tahun 2014
3. CHOMBI ANAK MAMU Karya bersama Omara
terbitan RTM tahun
2015
FILEM PENDEK IKLAN
1.
Untuk syarikat minyak
Afiat di Kuala Kangsar bertindak sebagai Pengurus Penerbitan, Penolong Pengarah
dan sekaligus Penulis Skrip tahun 2016.
SELAMAT BERKENALAN
Saya Bersama Pelakon Aziril di lokasi
Saya bersama Syed Ali di lokasi
Saya bersama Dins Man
Saya bersama kawan2 bergambar dengan Tan Sri Dr. Ibrahim Saad
Saya bersama sifu penulisan skrip Mazelan Manan,
Datuk Rosham dan Producer Khairul di kantin RTM
Saya berdakapan dengan penulis politik terkenal
Pak Habib atau Syed Husien Al-Attas
tan Sri Johan Jaafar di rumah rehat
beliau di Pagoh
No comments:
Post a Comment