CAKAP SALAH TAK CAKAP PUN SALAH
TADI semasa saya tunggu ‘turn’ nak buka balutan ‘operation’
kecil yang saya lalui baru-baru ini, saya berbual dengan seorang peniaga kecil di
Padang Serai.
Dia membawa anaknya
‘dressing’ luka akibat kemalangan jalan raya. Dia mengeluh lani hidup
memang susah... berniaga nak dapat untung RM50.00 untuk belanja ‘basic’ rumahtangga pun susah nak
dapat. Bila awal bulan kita nak kena cari nak bayar bil letrik dan air dan
nasib baik saya tinggal rumah kampung tak kena bayar sewa atau hutang.
Belanja ‘basic’ yang dia maksudkan ialah belanja pasar, duit
sekolah anak, ikan, sayur, duit minyak kenderaan dan lain2 keperluan yang tidak
boleh elak. Dia kata lagi cuba tengok di hospital ini, dulu-dulu jarang kita nampak orang cina datang mendapat rawatan tapi sekarang agak ramai.
Oleh kerana kekurangan pendapatan mereka memilih perkhidmatan yang paling murah
untuk mendapatkan rawatan. Saya mengakui apa yang dia kata, saya berkata kepada dia, saya sendiri hari-hari
belanja pasar makan yang
biasa-biasa pun terpaksa berbelanja
RM20.00 hingga RM30.00. Saya pun hampir penat dan lemas waktu ini, saya kata.
Dia berkata lagi walaupun kita sayang UMNO tapi kita tidak
ada pilihan, kita kena korban UMNO dalam
pilihanraya kali ini... kita mesti tumbangkan UMNO. Saya bertanya kenapa dah
sayang nak tumbangkan UMNO. Dia berkata,
dia akui UMNO tidak salah dan UMNO melalui pemimpin yang terdahulu memang telah
menaburkan banyak jasanya kepada kita tetapi pemimpin UMNO hari ini tidak lagi
membela kita. Mereka hanya pentingkan
kedudukan dan pangkat serta perut mereka sahaja.
Saya kata, kalau dah
kata macam tu kita tukar pemimpin yang pentingkan kedudukan, pangkat dan perut
mereka itu. Dia kata pemimpin UMNO mana
yang berani bersuara melihatkan kepincangan pengurusan ekonomi negara dimana kini kita yang menanggung beban hidup. Jika ada
yang bersuara pasti akan dikenakan tindakan, jadi demi menjaga kedudukan pangkat dan perut mereka, mereka terpaksa diam.
Kita terpaksa bekorban kali ini beri undi kepada PKR dan
Bersatu, katanya bersungguh-sungguh. Saya tanya PAS bagaimana pula? Dia menjawab, saya tidak pandai politik tetapi PAS saya
lihat dah mirip kepada UMNO dan kalau kita sokong PAS bermakna kita sokong
UMNO. Jika macam tu lebih baik kita terus sokong UMNO, dia menjawab. Saya melihat kata-kata yang dihemburkan penuh
kekecewaan.
Saya terpaksa tinggalkan peniaga
itu kerana giliran saya untuk masuk tengok luka saya. Saya terfikir apa
yang dikatakan itu benar belaka bebenan hidup dirasai sangat-sangat oleh rakyat
di peringkat bawah. Jadi siapa yang akan membela peniaga kecil yang
macam ni? Siapa yang akan membela hidup orang kerja kampung yang menghadapi
tekanan hidup waktu ini? Siapa yang akan membela orang yang bekerja sendiri
yang memang hidup dalam tekanan ini? Siapa?
TUGAS BASIC ORANG IALAH CUCI DAN MASAK.
ReplyDeleteOrang Malaysia tak ada miskin.
walau pun orang complain duit tak cukup, tapi masih ramai malas . mereka rela buang duit di dobi kedai. betul bodoh