Saturday, August 5, 2017

KAK FAUZIAH TAWAR KHIDMAT URUT WANITA LEPAS BERSALIN

KALAU kita lihat bangsa lain khususnya orang cina apabila remaja dan muda-muda kelihatan amat cantik dan menarik. Namun apabila mereka telah melahirkan anak seorang dua rata-rata kecantikan mereka hilang, tak seperti orang Melayu dan Indonesia yang lazimnya masih kelihatan menarik.

Mengapa begitu? Orang Melayu dan Indonesia mempunyai tradisi tertentu selepas bersalin. Ibu yang bersalin akan di urut semasa dalam pantang. Tujuan berurut ialah untuk memulihkan tenaga ,memulihkan kembali otot-otot yang lemah, membuang angin dalam badan ,memulihkan kembali saraf-saraf yang mengembang  dan melancarkan perjalanan darah. Tempoh berurut terpulanglah kepada ibu-ibu yang bersalin paling kurang selama  3 hari.

Disamping itu orang-orang melayu dahulu juga mengamalkan tradisi  bertungku. Bertungku   dipercayai dapat memecahkan lemak, mengecutkan rahim dan organ yang bengkak akibat bersalin dan engembalikan tubuh badan kepada keadaan asal.

Bagi mereka yang tinggal di taman-taman perumahan malah baru saya berpindah pasti sukar untuk mendapatkan orang yang mahir melakukan kerja-kerja tersebut di kawasan tempat tinggal mereka. Namun bagi mereka yang tinggal di Padang Serai dan sekitarnya seperti  Tasek Gelugor, Kepala Batas, Lunas dan Kulim boleh mendapatkan khidmat ini daripada Kak Fauziah Abd. Rahman yang tinggal di Taman Mahsuri, Padang Serai.

Menurut Kak Fauziah, beliau telah menjalankan kerja-kerja mengurut selepas bersalin sudah lebih 6 tahun. Usaha ini adalah diwarisi daripada Emaknya dan Toknya juga menjalankan kerja-kerja mengurut  dan lain-lain bagi wanita yang bersalin.

“Buat masa ini Kak banyak mendapat panggilan daripada pelanggan yang tinggal di Seberang Jaya kerana Kak berasal dari sana. Walaupun Kak dah berpindah di Padang Serai pada tahun 2012 namun Kak tetap memenuhi permintaan pelanggan di kawasan Seberang Jaya.”

“Kak juga sedia memenuhi permintaan mereka yang tinggal di Kepala Batas, Tasek Gelugor, Lunas, Kulim, Merbau Pulas malah Padang Serai sendiri.” Ujar Kak Fauziah.

Kata Kak Fauziah, di samping mengurut beliau juga memberi khidmat bertungku, cukur rambut, belah mulut malah bersunat untuk anak perempuan.


“Bagi mereka yang ingin mendapatkan khidmat Kak boleh berhubungi dengan Kak di talian 013-510 2797, In Shaa Allah Kak akan beri khidmat yang terbaik kepada wanita yang bersalin.” Katanya kepada Portal Padang Serai.


IKUTILAH VIDEO PENDEK BLOGGER





KLIK IMAGE UNTUK KE ARTIKEL



KLIK IMAGE UNTUK KE ARTIKEL



KLIK IMAGE UNTUK KE PORTAL INI 



KLIK IMAGE UNTUK KE PORTAL INI 



KLIK IMAGE UNTUK KE PORTAL INI 



KLIK IMAGE UNTUK KE PORTAL INI 






No comments:

Post a Comment