Wednesday, April 7, 2010

PRIHATIN

POLIS LUMPUH 12 TAHUN
Padang Serai: Bekas anggota polis cawangan narkotik, Hussein Musa,57,yang tinggal di Taman Damai,terlantar dan tidak boleh bergerak kerana lumpuh sejak 12 tahun lalu akibat serangan angin ahmar. Isterinya Sharifah Ismail,51,yang kini menjalankan perniagaan kecil-kecilan berkata, suaminya terlantar dan sehingga kini tidak ada sebarang bantuan diterimanya.
Menurutnya,dia mendapat pencen suaminya sebanyak RM690 sebulan tetapi jumlah itu tidak mencukupi untuk menampung keperluan mereka empat beranak

Tambahan pula dua anaknya masih lagi belajar dan salah seorang anaknya kini menuntut di salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA).
“Saya meminta jasa baik Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) untuk membantu mengurangkan permasalahan kami sekeluarga. Bagi menampung keperluan harian,saya menjalankan

perniagaan kecil-kecilan dengan menjual kuih,”katanya.
Ketua Polis Daerah Kulim,Superintendan Ghuzlan Saleh berkata,segala maklumat dan permasalahan dihadapi keluarga itu diperoleh melalui Ketua Balai Polis, Padang Serai, Sarjan Mejar Sounderajen yang datang ke rumah Hussien.
Menurutnya,satu program akan dianjurkan bagi lawatan dan melihat keadaan bekas anggota serta balu yang hidup dalam kemiskinan sempena Hari Polis yang akan disambut pada 25 Mac ini.
“PDRM cukup prihatin dengan masalah yang dialami bekas anggota polis dan waris yang memerlukan.Kami menyanjung pengorbanan mereka yang berkhidmat dalam pasukan dan masyarakat sepanjang mereka bertugas.
“Sementara itu,Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Kulim akan membuat lawatan ke rumah anggota dan waris untuk melihat masalah yang mereka hadapi.PDRM peka dan akan memberikan bantuan kepada mereka,”katanya

1 comment:

  1. Slots | Casinos with Live dealers | Lucky Club
    The most popular casino games have become popular and this is thanks to the introduction of Live Roulette. You luckyclub can play a game from one of many software providers

    ReplyDelete