Saturday, August 5, 2017

KAK FAUZIAH TAWAR KHIDMAT URUT WANITA LEPAS BERSALIN

KALAU kita lihat bangsa lain khususnya orang cina apabila remaja dan muda-muda kelihatan amat cantik dan menarik. Namun apabila mereka telah melahirkan anak seorang dua rata-rata kecantikan mereka hilang, tak seperti orang Melayu dan Indonesia yang lazimnya masih kelihatan menarik.

Mengapa begitu? Orang Melayu dan Indonesia mempunyai tradisi tertentu selepas bersalin. Ibu yang bersalin akan di urut semasa dalam pantang. Tujuan berurut ialah untuk memulihkan tenaga ,memulihkan kembali otot-otot yang lemah, membuang angin dalam badan ,memulihkan kembali saraf-saraf yang mengembang  dan melancarkan perjalanan darah. Tempoh berurut terpulanglah kepada ibu-ibu yang bersalin paling kurang selama  3 hari.

Disamping itu orang-orang melayu dahulu juga mengamalkan tradisi  bertungku. Bertungku   dipercayai dapat memecahkan lemak, mengecutkan rahim dan organ yang bengkak akibat bersalin dan engembalikan tubuh badan kepada keadaan asal.

Bagi mereka yang tinggal di taman-taman perumahan malah baru saya berpindah pasti sukar untuk mendapatkan orang yang mahir melakukan kerja-kerja tersebut di kawasan tempat tinggal mereka. Namun bagi mereka yang tinggal di Padang Serai dan sekitarnya seperti  Tasek Gelugor, Kepala Batas, Lunas dan Kulim boleh mendapatkan khidmat ini daripada Kak Fauziah Abd. Rahman yang tinggal di Taman Mahsuri, Padang Serai.

Menurut Kak Fauziah, beliau telah menjalankan kerja-kerja mengurut selepas bersalin sudah lebih 6 tahun. Usaha ini adalah diwarisi daripada Emaknya dan Toknya juga menjalankan kerja-kerja mengurut  dan lain-lain bagi wanita yang bersalin.

“Buat masa ini Kak banyak mendapat panggilan daripada pelanggan yang tinggal di Seberang Jaya kerana Kak berasal dari sana. Walaupun Kak dah berpindah di Padang Serai pada tahun 2012 namun Kak tetap memenuhi permintaan pelanggan di kawasan Seberang Jaya.”

“Kak juga sedia memenuhi permintaan mereka yang tinggal di Kepala Batas, Tasek Gelugor, Lunas, Kulim, Merbau Pulas malah Padang Serai sendiri.” Ujar Kak Fauziah.

Kata Kak Fauziah, di samping mengurut beliau juga memberi khidmat bertungku, cukur rambut, belah mulut malah bersunat untuk anak perempuan.


“Bagi mereka yang ingin mendapatkan khidmat Kak boleh berhubungi dengan Kak di talian 013-510 2797, In Shaa Allah Kak akan beri khidmat yang terbaik kepada wanita yang bersalin.” Katanya kepada Portal Padang Serai.


IKUTILAH VIDEO PENDEK BLOGGER





KLIK IMAGE UNTUK KE ARTIKEL



KLIK IMAGE UNTUK KE ARTIKEL



KLIK IMAGE UNTUK KE PORTAL INI 



KLIK IMAGE UNTUK KE PORTAL INI 



KLIK IMAGE UNTUK KE PORTAL INI 



KLIK IMAGE UNTUK KE PORTAL INI 






Tuesday, August 1, 2017

KHIDMAT POTONG RUMPUT

Kadang-kadang kita terlalu sibuk membuat kerja harian kita. Kita tidak ada masa untuk membersihkan kawasan sekitar rumah kita. 

Rumput dan lalang tumbuh dengan agak panjang dan nampak semak . Keadaan itu bukan saja dilihat tidak cantik malah boleh mengundang bahaya tempat berlindung binatang bahaya seperti ular dan sebagainya.


Jangan risau... jangan gundah gulana anda boleh hubungi  Sdr. Zaim di talian 017-499 3880, beliau menyediakan perkhidmatan potong rumput.  Bertindak cepat jangan biarkan keadaan rumah anda berkeadaan begitu.


IKUTILAH VEDIO PENDEK BLOGGER





KLIK IMAGE UNTUK KE UTARA BIZ



KLIK IMAGE UNTUK KE PORTAL PADANG SERAI 



KLIK IMAGE UNTUK KE PORTAL KEPALA BATAS 



KLIK IMAGE UNTUK KE PORTAL KULIM 





Thursday, July 20, 2017

EGEN INSURAN ORANG KITA

Anda ada masalah berhubung dengan PUSPAKOM? Anda ingin membaharui  cukai jalan dan insuran kenderaan? Dan jika anda tinggal di sekitar Padang Serai  SHR Ceria Enterprise yang berpejabat di No.  3-A, Arked Koperasi, Kg Guar Lobak, Padang Serai  sedia membantu anda.
Suhaimi Hamid terkenal
dengan panggilan Awang

Tambah menarik lagi Pemilik SHR Ceria Enterprise, Suhaimi Hamid atau lebih mesra dengan panggilan Awang, 43,  juga sedia memberikan khidmat terus ke rumah. Sekiranya anda malas untuk keluar membuat urusan ini beliau sedia ke rumah anda untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Menurut Suhaimi, pada mulanya sebelum membuka pejabat memang beliau memberikan khidmat terus ke rumah pelanggan atau pun berjumpa dan menguruskan urusan itu di kedai kopi. Beliau telah menjalankan perniagaan dengan cara  ini lebih 6 tahun dan kini  baru beliau membuka pejabatnya sendiri.
Pejabat SHR Ceria Enterprise di depan Masjid
Guar Lobak, Tapak Pasar malam

“Saya berterima kasih kawan-kawan di sini banyak membantu dan membeli insuran kenderaan dan membaharui cukai jalan daripada saya. Mereka menghubungi saya dan saya pergi menemui mereka. Selepas 6 tahun barulah saya dapat memiliki pejabat sendiri. Khidmat seperti yang dinyatakan akan saya teruskan.”

“Mereka yang ingin mendapat khidmat saya juga  boleh datang terus ke pejabatnya atau boleh menghubungi saya ditalian 019-570 2279 untuk mendapatkah khidmat terus ke rumah. Oleh kerana siangnya saya menguruskan kerja-kerja ini di pejabat JPJ maka khidmat terus ke rumah hanya dibuat pada sebelah malam."
Suhaimi sedang memasukan data pelanggan

“Pejabat saya di buka dari jam 8.00 pagi hingga 6 petang setiap hari kecuali Jumaat dan Sabtu.  Anak saya Mohd Nibiq Syamil menguruskan kerja-kerja pejabat dan saya sendiri berurusan dengan pihak JPJ dan PUSPAKOM.”  Cerita Suhaimi dalam pertemuan dengan Portal Padang Serai.

SHR Ceria Enterprise memberikan perkhidmatan membaharui cukai jalan dan insuran kenderaan. SHR Ceria Enterprise juga membuat urusan membaharui cukai jalan dan insuran kenderaan tanpa perlu geran kenderaan melalui sistem MYEG yang disediakan oleh pihak JPJ.
Mohd Nibiq Syamil sedang
membantu bapanya di pejabat

Katanya lagi, urusan dengan Puspakom  adalah seperti  potong nama kenderaan, tukar engin kenderaan serta membantu mendapatkan cukai jalan yang telah lama mati dan tidak boleh dibaharui melalui sistem biasa.


“Sesiapa yang ingin mendapat khidmat  saya  boleh datang terus ke pejabat atau menghubungi  saya ditalian  019-570 2279. Simpan nombor ini di dalam telefon  bimbit anda agar memudahkan anda untuk menghubungi saya bila perlu.” katanya.



KLIK TENGOK VIDEO INI 
UNTUK TAHU KEPENTINGAN IKLAN






KLIK IMAGE UNTUK KE PORTAL INI

KLIK IMAGE UNTUK KE PORTAL INI

KLIK IMAGE UNTUK KE PORTAL INI

KLIK IMAGE UNTUK KE PORTAL INI




Sunday, July 2, 2017

CAKAP SALAH TAK CAKAP PUN SALAH

TADI semasa saya tunggu ‘turn’ nak buka balutan ‘operation’ kecil yang saya lalui baru-baru ini, saya berbual dengan seorang peniaga kecil di Padang Serai. 

Dia  membawa anaknya  ‘dressing’ luka akibat kemalangan jalan raya. Dia mengeluh lani hidup memang susah... berniaga nak dapat untung RM50.00 untuk  belanja ‘basic’ rumahtangga pun susah nak dapat. Bila awal bulan kita nak kena cari nak bayar bil letrik dan air dan nasib baik saya tinggal rumah kampung tak kena bayar sewa  atau hutang.


Belanja ‘basic’ yang dia maksudkan ialah belanja pasar, duit sekolah anak, ikan, sayur, duit minyak kenderaan  dan lain2 keperluan yang tidak boleh  elak.  Dia kata lagi cuba tengok di hospital ini, dulu-dulu  jarang kita nampak orang cina datang mendapat rawatan tapi sekarang agak ramai. 

Oleh kerana kekurangan pendapatan mereka memilih perkhidmatan yang paling murah untuk mendapatkan rawatan. Saya mengakui apa yang dia kata, saya berkata kepada dia, saya sendiri hari-hari  belanja pasar makan yang biasa-biasa  pun terpaksa berbelanja RM20.00 hingga RM30.00. Saya pun hampir penat dan lemas waktu ini, saya kata.


Dia berkata lagi walaupun kita sayang UMNO tapi kita tidak ada pilihan, kita  kena korban UMNO dalam pilihanraya kali ini... kita mesti tumbangkan UMNO. Saya bertanya kenapa dah sayang nak tumbangkan UMNO.  Dia berkata,  dia akui UMNO tidak salah dan UMNO  melalui pemimpin yang terdahulu memang telah menaburkan banyak jasanya kepada kita tetapi pemimpin UMNO hari ini tidak lagi membela kita.  Mereka hanya pentingkan kedudukan dan pangkat serta perut mereka sahaja.


Saya kata,  kalau dah kata macam tu kita tukar pemimpin yang pentingkan kedudukan, pangkat dan perut mereka itu. Dia kata pemimpin UMNO mana  yang berani bersuara melihatkan kepincangan pengurusan ekonomi  negara dimana kini  kita yang menanggung beban hidup. Jika ada yang bersuara pasti akan dikenakan tindakan,  jadi demi menjaga kedudukan pangkat dan perut  mereka, mereka terpaksa diam.


Kita terpaksa bekorban kali ini beri undi kepada PKR dan Bersatu, katanya bersungguh-sungguh. Saya tanya PAS bagaimana pula? Dia menjawab,  saya tidak pandai politik tetapi PAS saya lihat dah mirip kepada UMNO dan kalau kita sokong PAS bermakna kita sokong UMNO. Jika macam tu lebih baik kita terus sokong UMNO, dia menjawab.  Saya melihat kata-kata yang dihemburkan penuh kekecewaan.


Saya terpaksa  tinggalkan peniaga  itu kerana giliran saya untuk masuk tengok luka saya. Saya terfikir apa yang dikatakan itu benar belaka bebenan hidup dirasai sangat-sangat oleh rakyat di peringkat bawah.  Jadi  siapa yang akan membela peniaga kecil yang macam ni? Siapa yang akan membela hidup orang kerja kampung yang menghadapi tekanan hidup waktu ini? Siapa yang akan membela orang yang bekerja sendiri yang memang hidup dalam tekanan ini? Siapa?




http://hidupadamhawa.blogspot.my/

Sunday, June 11, 2017

PAK ALI BANTU ATASI MASALAH KEKELUARGAAN DAN PERHUBUNGAN

LUNAS : Dunia semakin hari  semakin canggih. Peralatan perubatan begitu sofisikated  namun tidak semua  penyakit dapat diubati. Kadang-kadang kita merasa tak sihat dan sakit apabila pergi mendapat rawatan di pusat-pusat kesihatan, pegawai perubatan mengatakan kita sihat.
Pak Ali

Jika begitu dibimbangi penyakit yang kita alami berpunca daripada permainan sihir, gangguan iblis dan syaitan pastinya peralatan moden perubatan sukar mengesannya. Di sini kita perlukan pengamal perubatan tradisional untuk mengubati penyakit-penyakit ganjil akibat permainan sahir manusia yang akan melibatkan iblis dan syaitan.

Ali Bin  Abu Bakar, 67, atau lebih terkenal dengan pangilan Pak Ali  merupakan seorang pengamal perubatan tradisional  menawarkan khidmat untuk mengubati pelbagai penyakit ganjil seperti itu. Sehingga kini  beliau sering di kunjungi oleh pelbagai bangsa baik Cina, India mahupun melayu untuk mendapatkan rawatannya.

Menurut Pak Ali, beliau mula mendapat keyakinan untuk mengamalkan ilmu perubatan ketika berusia  30 tahun dan beliau bermula mengubati penyakit ringan terlebih dahulu. Ketika usianya meningkat 50 tahun barulah beliau mendapat keyakinan berubat penyakit  berat seperti saka dan sebagainya.

Di samping itu Pak Ali juga mampu juga membantu  mengatasi masalah perhubungan suami isteri atau keluarga yang menghadapi masalah  dan mampu berusaha mengubati penyakit lemah tenaga batin bagi golongan lelaki dan sebagainya.


“In Shaa Allah saya akan membantu mereka yang berhajat mendapat khidmat saya. Mereka yang berhajat boleh menghubungi saya  di talian 013-509 9924” kata Pak Ali kepada Portal Padang Serai.







Thursday, June 1, 2017

NOTA BLOGGER

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, Blogger buka blog PADANG SERAI ini dah lama pada 18hb. Mac 2010, namun kerana pelbagai komitmen saya boleh kata gagal terus untuk ‘update’ blog ini. In Shaa Allah pada tahun ini bermula pada bulan Jun ini saya berhasrat untuk  aktifkan balik blog ini.

In Shaa Allah saya akan membuat ‘write-up’ yang berkiatan dengan PADANG SERAI . Cuma saya minta kerjasama komuniti dalam PADANG SERAI dalam memberi info kepada saya. Rasanya cerita-cerita yang berkiatan dengan “HUMAN INTEREST”, cerita  “MASALAH SETEMPAT” dan juga cerita yang berkiatan dengan “PRIHATIN”. Bagi anda yang ada info mengenai perkara yang dinyatakan boleh Whasapp Blogger  019-560 7802.

Begitu juga bagi Persatuan/NGO dan sebagainya yang berada di sekitar PADANG SERAI boleh bagi info mengenai kegiatan atau aktiviti yang akan dijalankan kerana Bloger akan ‘create’  DAIRI PADANG SERAI. Komuniti PADANG SERAI akan tahu apa yang berlaku di PADANG SERAI tempat mereka tinggal ini.

Menurut kawan Blogger  yang pernah belajar di US lama dulu,  di sana di setiap daerah ada akhbar kecil tetapi popular di sana. Untuk menerbitkan akhbar kecil kosnya agak besar jadi dengan pengalaman kewartawanan, penulisan, penerbitan, penyiaran dengan bantuan teknologi Blogger akan cuba jadikan  portal ini seperti akhbar kecil itu. Namun penyajian bahan pasti tidak menyeluruh kerana faktor kewangan dalam menggerakkan media ini.

Bagi membantu menjaya hasrat ini di samping dapat membantu para perniagaan di sini saya bercadang menawarkan ‘write-up’ pengiklanan kepada para perniagaan di PADANG SERAI ini dengan kos yang paling minima. Rasanya harga para perniaga menyediakan banner jauh lebih mahal daripada artikel yang di tulis dan promosi yang dibuat.

Jesteru itu para perniagaan mendapat dua manafaat,  satu  pastinya dapat mempromosi perniagaan yang dijalankan dan kedua dapat membantu Blogger menggerakkan portal ini untuk manafaan masyarakat PADANG SERAI. Jadi para perniaga yang berhasrat  menyahut seruan ini boleh whasapp ke 019- 560 7802 nyatakan di mana premis anda Blogger akan terus ke sana.

Semoga dengan adanya portal ini komuniti PADANG SERAI akan mendapat segala maklumat di hujung jari sahaja. Hari ini boleh kata setiap orang ada telefon pintar dan boleh melayari internet bila-bila masa sahaja.

Akhirkata saya mohon sokongan komuniti PADANG SERAI untuk menjayakan rancangan ini.

Wasalam.