INFO IKLAN

INFO MENGENAI PENGIKLANAN

IKLAN merupakan segmen yang amat penting dalam perniagaan.  Tujuan pengiklanan adalah untuk memberitahu masyarakat yang kita ada menjalankan perniagaan dan menawarkan perkhidmatan dan produk tertentu. Walaupun kita sudah menjalankan perniagaan bertahun-tahun tidak semua orang tahu mengenainya.

Sesungguhnya apabila ramai orang tahu maka potensi kita untuk meningkatkan keuntungan amat besar. Tidak semestinya orang yang tahu ini adalah potensi pelanggan anda tetapi apabila orang bertanyakan beliau mengenai perkara itu dan beliau tahu dan ingat akan perniagaan yang kita jalankan maka pastinya dia akan memberitahu orang itu.

Bagi mempastikan iklan kita berkesan mestilah membuat pengiklanan yang tersusun dan berterusan agar orang ingat. Misalnya kita lihat bagaimana meggi berjaya mengiklankan produknya sehingga orang hendak membeli atau makan mee segera lain dia akan sebut meggi. Begitu juga dengan ubat gigi kadang kala kita hendak membeli ubat jika jenama lain tetapi kita tetap kata colgate.

Jesteru itu dalam membina jenama melalui pengiklanan syarikat besar sanggup membelanjakan jutaan ringgit. Menyedari itu dengan sedikit pengalaman saya dibidang penulisan, penerbitan dan penyiaran saya menawarkan khidmat pengiklanan yang cukup murah dalam usaha membantu masyarakat perniaga di PADANG SERAI  kerana kebetulan saya sudah tinggal di sini.

Iklan perniagaan anda akan saya tulis dan lakar banner dan di siarkan dalam Blog Padang Serai sebuah portal yang diwujudkan untuk orang Padang Serai. Apabila sesuatu posting itu di buat saya akan membuat posting ke grup komuniti yang terdapat di Padang Serai serta komuniti yang berhampiran dengannya.

Sehubungan itu saya menyeru masyarakat peniaga Padang Serai tidak melepaskan peluang keemasan ini dalam usaha meningkatkan jualan anda.

INFO MENGENAI PORTAL PADANG SERAI

Disamping membuat posting mengenai perniagaan  yang anda jalankan, Portal Padang Serai juga akan menceritakan apa-apa yang menarik di Padang Serai dalam usaha menarik lebih ramai lagi pengunjung yang mengunjungi portal ini. Semakin ramai semakin baik untuk para perniagaan yang mengiklankan perniagaan di sini.

Sebenarnya  portal ini telah lama saya bangunkan tetapi tidak mempunyai masa dan ruang yang cukup untuk mengerakkannya. Kini portal ini berwajah baru  dan akan saya gerakan diharap suatu hari ini portal ini akan menjadi portal yang melaporkan segala apa yang berlaku di Padang Serai ini.

Disamping menyiarkan bahan-bahan yang berkiatan dengan masyarakat Padang Serai, portal ini juga mengambil kesempatan menyiarkan artikle mengenai perniagaan yang dijalankan di Padang Serai ini dengan harga yang cukup murah pasti sesiapa saja mampu.


JENIS IKLAN

IKLAN A

Kami menulis satu artikel mengenai  perniagaan, perkhidmatan atau produk anda dan akan di poskan dalam blog Padang Serai. Artikel ini kami akan tag kepada semua grup komuniti di Padang Serai dan kawasan yang berhampiran sebanyak  3X.  HARGANYA CUKUP MURAH RM 30.00 SAHAJA.

Kami akan hadiahkan  satu banner panjang mengenai perniagaan anda dan kami akan selitkan bawah mana-mana satu  artikel lain di blog ini.

SELEPAS TIGA 3X POSTING JIKA ANDA INGIN KAMI POSKAN LAGI  ARTIKEL YANG SAMA KE GRUP KOMUNIITI  KAMI KENAKAN RM20.00 UNTUK 3X. SELEPAS ITU JIKA ANDA KAMI TULIS BAB LAIN PULA MENGENAI PERNIAGAAN ANDA BOLEH HUBUNGI KAMI, HARGANYA MASIH LAGI RM30.00.

IKLAN B

Jika anda sudah mempunyai brosur sendiri  dan hendakkan khidmat kami memposkan dalam blog ini  dan kami hadiahkan satu ‘copy writing’ kemudian tag ke grup komuniti sebanyak 3X. HARGA PERKHIDMATANNYA  RM30.00 UNTUK SATU MUKA SURAT A4.

IKLAN C

SEKIRANYA ANDA INGIN MELETAKAN BANNER DI TEPI BLOG HANYA RM30.00 UNTUK SEBULAN.

IKLAN D

IKLAN BERBENTUK BANNER UNTUK MANA-MANA ARTIKEL YANG DI POS HANYA RM10.00

PERKHIDMATAN PENGIKLANAN LAIN : KAMI MENAWARKAN KHIDMAT MEMBINA, MENGURUS DAN MEMPROMOSI BLOG PERNIAGAAN ANDA BAGI MENARIK RAMAI PELAWAT DATANG.


JANGAN LEPASKAN PELUANG INI SEGERA HUBUNGI BLOGGER 019-560 7802. KAMI BETUL-BETUL INGIN MEMBANTU ANDA DENGAN BAYARAN 
PERKHIDMATAN YANG CUKUP JIMAT.

No comments:

Post a Comment